Penerangan
TARIKH : 25. Feb.2022 (Jumaat)
MASA : 5.00Pm - 8.00Pm
LOKASI :-
- Padukan peronda menjalankan rondaan disekitar kawasan Johan Setia melibatkan laluan:
1. Jalan Johan Setia
2. Jalan Haji mat yudin
3. Jalan 10
4. Jalan Tengah 2
5. Jalan Kebun Nenas
6. Jalan Sijangkang Utama
7. Jalan Tengah 1
8. Jalan Sempadan
9. Jalan Klang banting
- Keadaan cuaca hujan renyai2 kawasan pertanian Kg. Johan Setia, catatan suhu 27°C.
- Rondaan dimulai dari Jalan Johan Setia dan melalui jalan-jalan seperti senarai diatas.
- Pemantauan paras air parit di sekitar kawasan pertanian Johan Setia berada pada paras tinggi.
- Terdapat banyak lopak2 air di atas jalan.
- Tiada pembakaran terbuka atau asap dikesan di dalam kawasan pertanian Johan Setia.
Rondaan di sekitar kawasan mudah terbakar, tanah gambut seperti di Johan Setia. Rondaan mencegah pembakaran terbuka ini akan dijalankan setiap hari. Tindakan Kompaun RM2000 maksimum atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.