Penerangan
TARIKH : 26/2/2022 (SABTU)
MASA : 10.30 am – 4.00 pm
LOKASI :
- Pasukan peronda menjalankan rondaan di sekitar daerah Sepang dan Kuala Langat melibatkan laluan:
1. Bandar Baru Salak Tinggi
2. Taman Seroja
3. Jalan Jenderam Hulu
4. Jalan Sungai Merab Luar
5. Kampung Sungai Merab
6. Jalan Jenderam Hilir
7. Jalan Semarang
8. Jalan Dengkil Cyberjaya
9. Bandar Saujana Putra
10. Kawasan Perumahan RIMBAYU
11. Kampung Seri Cheeding
12. Jalan Sungai Manggis
13. Jalan Olak Lempit
14. Jalan Bukit Changgang
15. Lebuhraya Banting Nilai
- Keadaan cuaca adalah terang dan panas sepanjang rondaan dijalankan. Bacaan suhu di Rimbayu adalah 30 darjah celcius.
- Kelihatan premis-premis perniagaan dan industri beroperasi seperti biasa. Tiada pencemaran dan pelepasan efluen yang mencurigakan dikesan.
- Tiada aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam ditemui di kawasan yang dironda.
- Secara keseluruhan keadaan di lokasi yang dironda adalah dalam keadaan baik dan terkawal.
Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.