PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SEPANG 27 FEBRUARI 2022

DOE Selangor 18/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SEPANG 27 FEBRUARI 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/03/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

TARIKH : 27/2/2022 (AHAD) MASA : 11.30 am – 4.15 pm LOKASI : RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI SEPANG INDUSTRIAL PARK. -Rondaan OMPT di kawasan Sepang Industrial Park menemui kawasan yang berpontensi untuk berlaku PT . Terdapat kesan-kesan sisa buangan sampah lama di tepi jalan di hujung kawasan industri. -Satu (1) Bunting Larangan Pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi berkenaan sebagai amaran kepada pekerja yang berkerja dikawasan industri tersebut. - Pasukan peronda menjalankan rondaan di sekitar daerah Sepang dan Kuala Langat melibatkan laluan: 1. Pekan Salak Tinggi Lama 2. Bandar Enstek 3. Pekan Sepang 4. Sepang Industrial Park 5. Pekan Sungai Pelek 6. Bagan Lalang 7. Tanjung Rhu 8. Tanjung Sepat 9. Batu Laut 10. Morib 11. Kelanang 12. Bandar Banting 13. Jalan Pulau Carey 14. Jalan Telok Mengkuang 15. Telok Panglima Garang 16. Lebuhraya SKVE - Keadaan cuaca mendung dan gerimis di awal rondaan dijalankan. Manakala pada waktu tenghari cuaca berubah terang dan panas di sekitar morib dan telok panglima garang. Cuaca kemudian kembali mendung dan hujan sehingga ke petang. - Kelihatan premis-premis perniagaan beroperasi seperti biasa. Manakala premis industri banyak yang tidak beroperasi kerana cuti hujung minggu. Tiada pencemaran dan pelepasan efluen yang mencurigakan dikesan. - Tiada aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam ditemui di kawasan yang dironda. - Secara keseluruhan keadaan di lokasi yang dironda adalah dalam keadaan baik dan terkawal. Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan