Penerangan
TARIKH: 27. Feb. 2022
MASA : 10.00 pagi - 4.00 ptg
LOKASI :
Rondaan dijalankan di lokasi tumpuan di kawasan Shah Alam Utara.
Pemantauan telah dijalankan di kawasan industri dan komersial di :
1. Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie, seksyen U1
2. Kawasan Perindustrian Bukit Jelutong, seksyen U8
3. Kawasan Perindustrian Kg. Baru Subang, seksyen U6
4. Kawasan Perindustrian Subang seksyen U3
Berdasarkan pemantaun semasa rondaan, premis di kawasan perindustrian Shah Alam kebanyakan beroperasi tetapi tidak sepenuhnya.
Pemantauan pada saluran perparitan awam disekitar kawasan perindustrian mendapati tiada sebarang pelepasan atau kesan pelepasan air berwarna yang mencurigakan ditemui.
Pemantauan secara visual pada cerobong premis di sekitar kawasan perindustrian mendapati dalam keadaan baik dan terkawal, tiada pelepasan asap hitam kelihatan.
Aktiviti dan kesan pembakaran terbuka juga tidak ditemui semasa rondaan.
Kebanyakan Kawasan hujan renyai2 dan berkeadaan lembap.
Keseluruhan pemantauan rondaan di kawasan perindustrian Shah Alam pada hari ni berada dalam keadaan baik & terkawal.
Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.