Penerangan
14 Mac 2022, Kuala Terengganu- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pemaju bagi memberi khidmat nasihat ke atas cadangan pembangunan projek yang bakal dilaksanakan.
JAS sentiasa membuka ruang kepada pihak pemaju untuk mengadakan perbincangan bagi mematuhi garis panduan dan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Inisiatif yang ditunjukkan oleh pihak pemaju dalam memenuhi keperluan garis panduan dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan ini diharap dapat dizahirkan semasa peringkat pembangunan dan operasi projek nanti.
Ini merupakan hasrat dan cita-cita JAS yang tidak pernah menghalang pembangunan selagi ianya selaras dengan keperluan undang-undang yang perlu dipatuhi.