PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS

DOE Perlis 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/03/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

13 Mac 2022, KANGAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran termasuk pembakaran terbuka dan pencemaran air. Pemantauan difokuskan di kawasan yang berisiko berlakunya pencemaran. Terdapat aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab. Pasukan penyiasat mengambil tindakan di bawah Seksyen 29A AKAS 1974 Larangan Ke atas Pembakaran Terbuka. Selaras dengan arahan ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar Malaysia, tiada sebarang pembakaran terbuka semasa cuaca kering. Di samping itu, pemantauan turut dibuat di kawasan industri tidak mengesan sebarang pencemaran yang boleh menimbulkan masalah kepada orang awam dan alam sekitar. Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mac2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan