Penerangan
1 Mac 2022, Kuala Terengganu – Hari ini, cuti umum di negeri ini, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran terus dilaksanakan, demi memastikan kesiap siagaan JAS Terengganu dalam menghadapi sebarang kemungkinan pencemaran, di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pemantauan telah dibuat di sekitar Kuala Terengganu, Batu Buruk, Kelulut, Rusila, Pulau Kerengga, Jambu Bongkok, Rantau Abang, Bandar Dungun, Bukit Bauk, Kawasan Industri Paka, Pantai Paka, Tebing Tembah, Dungun, Rantau Abang dan Alor Toman, Marang.
Rondaan yang melibatkan penempatan kilang-kilang, kawasan kampung dan perumahan ini didapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.