PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KERJA BERPASUKAN DALAM MEMPERKASAKAN PROGRAM KESEDARAN ANJURAN JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 13/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERJA BERPASUKAN DALAM MEMPERKASAKAN PROGRAM KESEDARAN ANJURAN JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
13/03/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

7 Mac 2022, Kuala Terengganu – Unit Aduan dan Kontigensi bersama Unit Kesedaran dan Pendidikan, JAS Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan tapak di daerah Dungun, sebagai persediaan awal dalam penganjuran program kesedaran dan pendidikan alam sekitar bersama komuniti setempat. Penglibatan rakan strategik yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Pihak Industri, Badan Bukan Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi, Sekolah-sekolah dan komuniti setempat dijangkakan akan memantapkan lagi program kesedaran ini yang akan dianjurkan bersempena Sambutan Hari Bumi yang bakal disambut pada 16 April 2022. Penganjuran program kesedaran dengan kerjasama pelbagai pihak ini akan meningkatkan dan memperkasakan fungsi dan peranan masing-masing dalam melestarikan alam sekitar, khususnya di daerah ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan