Penerangan
?? MESYUARAT ISU PELUPUSAN SISA SPENT BLEACHING EARTH (SBE) DENGAN PIHAK POIC (SABAH) SDN. BHD. ???
?? Tarikh: 10 Mac 2022 (Khamis)
? Masa: 9.00 - 10.00 Pagi
?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting)
??????? Pengerusi: Pn. Lynette J Hoo (CEO Officer POIC Sabah Sdn. Bhd.)
??????? Wakil JAS Sabah: KPP(P) YY, KC SNA & PP FM
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Mesyuarat perbincangan ini diadakan untuk membincangkan isu pelupusan residue (EPP & DOBE) daripada pemprosesan SBE oleh kedua-dua syarikat, EcoOils Sdn. Bhd. dan Gamalux Oils Sdn. Bhd.
?? Pihak POIC memaklumkan, susulan daripada aduan daripada pihak NGO (SEAG) mengenai pencemaran hexane daripada aktiviti pelupusan residue berkenaan, satu jawatankuasa akan diwujudkan yang terdiri daripada pihak KKTP, KePKAS, MID, JAS, JPAS, SEAG, MPOA, DOA dan lain-lain stackholders bagi menyelesaikan isu berkaitan pelupusan residue (solid waste) ini.
?? Wakil JAS Sabah memaklumkan, berdasarkan maklumbalas daripada kedua-dua syarikat ke atas Notis Arahan yang dikeluarkan oleh JAS Tawau mengenai analisis sampel residue di premis dan di tapak pelupusan, didapati kepekatan hexane bagi kesemua sampel yang diambil berada di bawah (tidak melebihi) site screening level (SSL) value dengan merujuk kepada garis panduan tanah tercemar JAS, versi 2015 yang terkini.
?? Wakil JAS Sabah bersetuju dengan cadangan penubuhan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh SUT MID, memandangkan terdapat aduan pencemaran habuk di tapak pelupusan DOBE, di Kg. Cocos, Lahad Datu dan melalui jawatankuasa ini, kaedah alternatif selain pelupusan seperti gunasemula residue yang terhasil dapat dibincangkan dan diteliti.
?? Wakil JAS Sabah juga mencadangkan untuk pakar-pakar daripada institusi pendidikan seperti UMS dilibatkan dalam jawatankuasa ini bagi memberi input teknikal terutamanya berhubung aduan pencemaran hexane oleh pihak NGO dan impak kumulatif daripada aktiviti pelupusan residue berkenaan.