PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PELABURAN DI SIPITANG OIL & GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP)

DOE Sabah 18/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PELABURAN DI SIPITANG OIL & GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/03/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PELABURAN DI SIPITANG OIL & GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP) ??? Tarikh: 7 Mac 2022 (Isnin) ?? Masa: 2.30 - 4.40 Petang ?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting) ??????? Pengerusi: SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah ??????? Kehadiran dari JAS Sabah: KPP(P) YY & PP FM (Unit EIA & IP) ?? Agenda Mesyuarat: ??Pendahuluan Pengerusi Mesyuarat; ??Membincangkan mengenai cadangan pelaburan: 1. PMB Technology Berhad 2. Petroventure Energy Sdn. Bhd. ??Hal-hal lain ??Penangguhan Mesyuarat ?? Ringkasan & Input Teknikal oleh JAS Sabah Mengenai Cadangan Pelaburan: 1. PMB Technology Berhad - Silicon Production Plant: ??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah kilang pengeluaran silicon dengan jumlah kapasiti pengeluaran (fasa 1 & 2) sebanyak 132,000 MT setahun. ??????? Lokasi tapak yang dicadangkan terletak di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) di bawah pengurusan SOGDC dengan keluasan tanah yang diperlukan 180 ekar. ??????? Mesyuarat dimaklumkan bahawa aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 6: Industri, (a) Bukan besi, (iii) Peleburan utama bukan besi yang lain dengan kapasiti 50 tan sehari atau lebih. ??????? Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Development of Chemical Plants, 2019". Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat untuk kelulusan dengan tempoh pemprosesan EIA adalah 60 hari berkerja atau 12 minggu. 2. Petroventure Energy Sdn. Bhd. - Crude Oil Refinery ??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah loji penapisan minyak mentah dengan lokasi tapak yang dicadangkan terletak di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) di bawah pengurusan SOGDC. ??????? Mesyuarat dimaklumkan bahawa aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 9(a) Loji Penapisan Minyak, Perintah EIA 2015. ??????? Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Petroleum Industries, 2018". Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat untuk kelulusan dengan tempoh pemprosesan EIA adalah 60 hari berkerja atau 12 minggu. ??????? Pihak penggerak projek diminta untuk merujuk kepada dokumen BATs yang diterbitkan oleh JAS iaitu "Dokumen BATs bagi Penyimpanan dan Pengendalian Produk Petroleum" dan "Dokumen BATs bagi Industri Minyak & Gas" yang mana perlu diaplikasikan dalam semua proses pengeluaran kilang dan sistem kawalan pencemaran (SKP) yang dicadangkan bagi mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan