Penerangan
TARIKH : 02/3/2022 (RABU)
MASA : 5.00PM - 8.00PM
LOKASI : Johan Setia Klang
- Pasukan peronda menjalankan pemantauan PT di Johan Setia bermula di Jalan Sekolah, berhampiran Lebuhraya WCE.
- Rondaan di lakukan di Jalan Tengah 3, tiada PT di kesan.
- Siasatan dan rondaan di lokasi Jalan 4, didapati terdapat 9 daripada 18 longgokan sisa-sisa tanam ubi keledek telah dibakar bagi tujuan pembersihan dan tanaman semula ubi keledek
- Terdapat pekebun india ditemui di lokasi dan beliau mengaku membakar sisa tanam tersebut, tetapi enggan memberi kerjasama setelah meminta pengenalan diri. Beliau juga mengaku tanah tersebut miliknya.
- Maklumat long lat telah di cerap lokasi setiap PT. Carian rasmi pemilikan akan dibuat setelah mendapat no lot di apps geospas.
Rondaan di sekitar kawasan mudah terbakar, tanah gambut seperti di Johan Setia. Rondaan mencegah pembakaran terbuka ini akan dijalankan setiap hari. Tindakan Kompaun RM2000 maksimum atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.