Penerangan
8 Mac 2022, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu (Ops Belang/Ops Gerak) bersama DBKL dan JPJKL di Jalan Dutamas 5, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai 3 pegawai dari JASWPKL, 12 pegawai DBKL dan 14 pegawai daripada JPJKL. Penguatkuasaan oleh JASWPKL dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
JASWPKL telah menjalankan 36 ujian meter asap dan mengeluarkan sebanyak 5 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 dalam operasi ini. Operasi dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.