Penerangan
TARIKH: 06. Mac. 2022
MASA : 10.00 pagi - 4.00 ptg
Cuaca : Cerah (Suhu 30°C)
Rondaan dijalankan di lokasi tumpuan di kawasan Petaling
Pemantauan telah dijalankan di kawasan industri komersial dan sungai di sekitar :
1. Kawasan Perindustrian Jalan 51A
2. Kawasan Perindustrian Jalan 51 (Jln 225)
3. Kawasan Perindustrian Jalan Tandang.
4. Kawasan Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan Kg. Lindungan.
5. Kawasan Perindustrian Bebas Sungai Way.
Penemuan:
- Berdasarkan pemantaun semasa rondaan, premis di kawasan perindustrian Petaling kebanyakan beroperasi tetapi tidak sepenuh nya.
- Pemantauan pada saluran perparitan awam disekitar kawasan perindustrian mendapati tiada sebarang pelepasan atau kesan pelepasan air berwarna yang mencurigakan ditemui.
- Pemantauan secara visual pada cerobong premis di sekitar kawasan perindustrian mendapati dalam keadaan baik dan terkawal, tiada pelepasan asap hitam kelihatan.
- Aktiviti dan kesan pembakaran terbuka juga tidak ditemui semasa rondaan.
- Keseluruhan pemantauan rondaan di kawasan perindustrian Petaling pada hari ni berada dalam keadaan baik & terkawal.
Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.