20 Februari 2022, Kangar - Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemantauan pencemaran terhadap premis dilaksanakan bagi memastikan isu-isu pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dapat dikawal.
Rondaan dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Jejawi, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Sanglang, Padang Siding, Pauh dan Arau dan kawasan yang sering terbakar semasa musim panas di Negeri Perlis ketika ini.
Terdapat pembakaran terbuka dikesan di salah sebuah premis barangan lusuh dan tiada sebarang pelepasan yang mencurigakan dikesan daripada premis sepanjang rondaan.
Tindakan kompaun boleh dikenakan bagi kesalahan di bawah Seksyen 29A AKAS 1974 Larangan Ke atas Pembakaran Terbuka. Diharapkan dengan tindakan yang tegas ini berjaya memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka.
Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_feb2022