27 Februari 2022, Kangar - Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemantauan pencemaran terhadap premis dilaksanakan bagi memastikan isu-isu pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dapat dikawal.
Rondaan dijalankan di sekitar kawasan Arau, Kawasan Perindustrian Bukit Keteri, Mata Ayer, Padang Siding, Padang Besar, Pauh dan Beseri serta kawasan yang sering terbakar semasa musim panas di Negeri Perlis ketika ini.
Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada sebarang pelepasan yang mencurigakan daripada premis sepanjang rondaan.
Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_feb2022