Penerangan
22 Februari 2022, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemeriksaan ke atas projek perumahan yang tertakluk EIA bagi memastikan pematuhan kepada syarat-syarat EIA yang diluluskan dan peraturan-peraturan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 di patuhi sepenuhnya oleh penggerak projek.
Jabatan mengingatkan semua tapak projek yang mempunyai kelulusan EIA untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada syarat yang telah diluluskan bagi menggelakkan tindakan undang-undang dikenakan. Kehadiran penguatkuasa Jabatan ini di lapangan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_feb2022