Penerangan
11 FEBRUARI 2022, KANGAR - Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar sebagai johan anugerah Sekolah Lestari Peringkat Kebangsaan sesi 2018 - 2019 kepada guru-guru sekolah di sekitar Negeri Perlis. Selain Pegawai Jabatan Alam Sekitar, sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan maklumat serta sebagai aktiviti mentor menti kepada sekolah yang akan mengambil bahagian dalam program SLAAS bagi sesi 2020-2022.
Perhargaan dan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Putra atas perkongsian dan pengalaman yang berharga.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_feb2022