PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS

DOE Perlis 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
09/03/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

13 Feb 2022, KANGAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran terutamanya pembakaran terbuka. Pemantauan difokuskan di kawasan yang berisiko berlakunya pembakaran terbuka yang boleh menimbulkan masalah kacau-ganggu kepada orang ramai. Terdapat aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab. Pasukan penyiasat mengambil tindakan di bawah Seksyen 29A AKAS 1974 Larangan Ke atas Pembakaran Terbuka. Selaras dengan arahan ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar Malaysia, tiada sebarang pembakaran terbuka semasa cuaca kering. Amaran keras diberikan kepada pihak yang melakukan kesalahan. Diharapkan dengan tindakan yang tegas ini berjaya memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka. Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_feb2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan