Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM RONDAAN HARI HUJUNG MINGGU OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 09/03/2022
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
PROGRAM RONDAAN HARI HUJUNG MINGGU OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
27 Februari 2022, Seremban - JAS Negeri Sembilan terus komited menjalankan pemantauan semasa hari cuti hujung minggu bagi memantau aktiviti mencurigakan atau yang berisiko mencemarkan alam sekitar di kawasan Perindustrian sekitar Negeri Sembilan.
Pemantauan juga dilakukan di takat pelepasan akhir efluen premis yang telah dikenalpasti berisiko mencemarkan bagi memastikan tiada efluen tidak terawat dilepaskan terus ke dalam longkang awam. Tiada sebarang pelepasan abnormal yang dijumpai semasa rondaan dilakukan.
Rondaan yang dilakukan juga ditumpukan kepada operasi mencegah pembakaran terbuka di taman-taman perumahan. Hasil rondaan mendapati terdapat berlakunya aktiviti pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Amaran telah diberikan kepada pelaku. Juga diedarkan risalah mengenai larangan pembakaran terbuka bagi tujuan kesedaran.
Walaupun hari cuti hujung minggu, keberadaan JAS di kawasan industri menunjukkan keseriusan Jabatan dalam menangani isu pencemaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.