Penerangan
21 Februari 2022, PURTAJAYA –Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah hadir pada majlis Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Apresiasi Anjuran JAS Ibu Pejabat, Putrajaya. YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan,
Pada majlis ini, YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, mewakili JAS Terengganu, telah menerima sijil penghargaan bagi pencapaian kadar pusingan stok (KPS) melebihi 3.5 bagi tahun 2021 dan Sijil Penghargaan atas pencapaian Prestasi Pembayaran Bil bagi Tahun 2021.
Amanat Ketua Pengarah turut menjadi agenda utama pada majlis ini. Antara intipati amanat YBrs. Encik Wan Abdul Latiff bin Wan Jaaffar, di mana beliau memetik, ucapan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, “Penjawat awam perlu memiliki aspirasi dan keazaman inisiatif baharu melalui penerapan lima nilai iaitu pantas, pengetahuan bertaraf dunia, memberi inspirasi, fleksibel dan berasaskan teknologi (S.W.I.F.T ) dalam memperkasakan perkhidmaran awam.