Penerangan
22 Februari 2022, Putrajaya- Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA),telah menganjurkan kursus pemantapan AKRAB kepada Ahli AKRAB KASA.
Kursus ini yang diadakan selama 3 hari, bermula hari ini, bertujuan untuk memberi pemantapan kemahiran berkaitan cara pengendalian sesi bimbingan dalam membantu rakan sekerja, sekaligus memperkasakan agensi perkhidmatan awam.
AKRAB singkatan kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari, rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri di agensi kerajaan.