Penerangan
21 Februari 2022, Kuala Terengganu – YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi “Projek Membina Jalan Ke Kg. Seberang La, Hulu Besut, Terengganu (Fasa 2).
Cadangan projek ini telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Dokumen EMP ini, merupakan salah satu syarat kelulusan EIA yang mesti dipatuhi dan disediakan oleh pihak pemaju projek, sebelum memulakan sebarang aktiviti kerja tanah dan pembinaan di tapak projek.
Pematuhan syarat kelulusan EIA ini, telah diperuntukkan di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.