Penerangan
Kuching, 15-17 Februari 2022 – Selaras pengaktifan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka pada 21 Januari 2022, kerja-kerja pemantauan dan pencegahan kebakaran tanah gambut dan kawasan risiko kebakaran telah dilaksanakan melalui rondaan darat dan penerbangan dron di sekitar daerah Kuching-Serian-SriAman-Engkelili-Betong-Saratok-Roban-Kabong-Lubok Antu-Samarahan.
Pemantauan yang dilakukan oleh Unit Aduan dan Unit Dron JAS Sarawak memfokuskan rondaan di tapak pelupusan sampah dan kawasan-kawasan belukar serta hutan tanah gambut bagi memastikan tiada pencemaran serta pelanggaran terhadap Sekyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Orang ramai diseru agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama pada musim panas dan kering bagi mengelak berlakunya jerebu yang boleh memudaratkan kesihatan awam.