PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) Oleh JAS Negeri Sarawak

DOE Sarawak 28/02/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) Oleh JAS Negeri Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/02/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

8 FEBRUARI 2022, KUCHING - Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), siasatan aduan dan pemantauan pencemaran oleh Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar Sarawak dilakukan di sepanjang laluan dari bandar Kuching ke arah Lundu & Sematan. Pemantauan yang diperkasakan dengan penerbangan satu unit dron telah mengenalpasti satu lokasi berpotensi berlaku pembakaran terbuka di salah satu kawasan pesisir pantai yang menjadi tumpuan orang awam.

Orang awam diingatkan, melakukan pembakaran terbuka adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana jika disabit kesalahan boleh denda tidak melebihi RM 500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksima RM 2000.00 juga boleh dikenakan ke atas setiap tompokan pembakaran terbuka yang dibuat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan