PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Ops Gempur Tahun Baru Cina Tahun 2022 Di Bahagian Bintulu, Sarawak

DOE Sarawak 28/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Gempur Tahun Baru Cina Tahun 2022 Di Bahagian Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/02/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

7-9 Februari 2022, BINTULU - JAS Cawangan Bintulu telah melaksanakan Ops Gempur Tahun Baru Cina Tahun 2022 dan pemeriksaan ke atas beberapa premis termasuk kilang kelapa sawit di sekitar Bahagian Bintulu, Sarawak. Operasi penguatkuasaan bertujuan memastikan pematuhan berterusan premis dan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kes pencemaran sungai yang mengganggu loji bekalan air.

Arahan Field citation telah diberikan kepada semua premis yang terlibat untuk tindakan penambahbaikan segera di lapangan manakala 1 kompaun dan 1 Notis Arahan telah dikeluarkan dibawah kesalahan peraturan yang berkaitan.

Persampelan efluen kelapa sawit dilakukan untuk dianalisa lanjut dan tindakan penguatkuasaan susulan tegas akan diambil jika terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Operasi penguatkuasaan ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN.

Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan