Penerangan
19 Februari 2022, KUCHING - Sejumlah 56 buah motosikal telah diperiksa oleh penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu sekatan jalan raya bagi penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dengan kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Kuching.
Pemeriksaan oleh 6 orang penguatkuasa JAS dan 14 orang penguatkuasa JPJ mensasarkan kepada kenderaan motosikal yang mengubahsuai kenderaan sehingga menyebabkan pelanggaran kepada had bunyi bising ditetapkan.