Penerangan
4 Februari 2022, Kuching – Majlis bacaan Yassin Perdana telah dianjurkan oleh JAS Negeri Sarawak dan Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan JAS Negeri Sarawak (KESSAR) secara hybrid bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong, JAS Negeri Sarawak.
Bacaan Yassin Perdana tersebut telah disertai oleh para kakitangan JAS seluruh Malaysia yang dipimpin oleh Encik Senikan bin Razali serta turut dihadiri oleh En. Hamzah Bin Hj. Mohamad, Pengarah JAS Negeri Sarawak, Pengarah-pengarah Bahagian JAS Ibu pejabat dan Pengarah negeri serta para pegawai JAS Negeri yang lain.
Majlis bacaan Yassin Perdana ini diadakan bertujuan memohon perlindungan Allah SWT supaya pandemik COVID-19 berakhir.