Penerangan
19 Februari 2022, Padawan- Pengarah JAS Negeri Sarawak bersama beberapa pegawai JAS Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan ke Kampung Stabut, Padawan bagi membincangkan kolaborasi program Denai Sungai Kebangsaan bersama JKKK Kampung Stabut.
Program Denai Sungai Kebangsaan bagi tahun 2022 akan terus diadakan di Sungai Serin yang berada di perkampungan berkenaan.
Melalui perbincangan yang dilakukan, Ketua Kampung Stabut dan ahli JKKK yang lain menyambut baik pelaksanaan program Denai Sungai Kebangsaan tersebut.
Antara objektif program Denai Sungai Kebangsaan adalah memastikan kelestarian dan keindahan sungai sekaligus mengawal aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran sungai.
JAS Negeri Sarawak juga telah menunjukkan demonstrasi penggunaan peralatan YSI Pro DSS Multiparameter kepada penduduk kampung dan seterusnya disusuli dengan aktiviti kebersihan dan keindahan di sekitar kawasan Sungai Serin, Kampung Stabut.