PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE)

DOE Sarawak 31/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/02/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

26 Februari 2022, Kuching-Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (BEE) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Kawasan Lapang Berhadapan Masjid Darul Barakah ,Taman Satria Jaya BDC, Kuching dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini. Kempen tersebut telah dijalankan oleh JAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, GVE Strategic Waste Sdn. Bhd. dan JKKK Taman Satria Jaya BDC dan Taman BDC Stampin. Pelbagai jenis peralatan elektrikal dan elektronik yang telah rosak dibawa oleh para penduduk sekitar yang menyahut seruan kempen tersebut. Para penduduk yang membawa BEE turut diterangkan mengenai kesan buruk kepada alam sekitar sekiranya pelupusan BEE tidak dilakukan dengan sempurna. "E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan