Penerangan
17 Februari 2022, Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar WPKL telah menjalankan Ops Gerak Bersepadu bersama-sama dengan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT PDRM) di Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew, Jalan Tun HS Lee, Jalan Genting Klang dan Plaza Tol Batu, Kuala Lumpur bermula 1 hingga 15 Februari 2022.
Operasi ini melibatkan seramai 8 pegawai dari JAS WPKL dan 18 pegawai dari JSPT PDRM KL di setiap operasi yang telah dijalankan. Penguatkuasaan dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
JAS WPKL telah menjalankan sebanyak 473 ujian visual dan 53 ujian meter bunyi bising. Sebanyak 32 Notis Arahan dan 31 kompaun telah dikeluarkan dalam operasi ini. Operasi dijalankan dengan mengikut SOP daripada MKN dan KKM