Penerangan
22 - 23 Februari 2022, Kuala Lumpur - Ops Gempur JASWPKL diaktifkan bagi menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang bermasalah dan seringkali mempunyai kes aduan pencemaran alam sekitar yang berulang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
JASWPKL komited untuk memastikan setiap premis agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dengan sewajarnya.
Pelaksanaan Ops Gempur ini melibatkan semua anggota penguatkuasaan JASWPKL dengan mengikut SOP, arahan dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).