PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN CUTI HUJUNG MINGGU JAS PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 28/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN CUTI HUJUNG MINGGU JAS PULAU PINANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/02/2022
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

26 Februari 2022 (Sabtu), pasukan penguatkuasa JAS Pulau Pinang meneruskan pemantauan pencemaran dan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka pada cuti hujung minggu di sekitar daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan mendapati sebuah premis gudang sedang melakukan pembakaran terbuka sisa kayu di tapak tanah kosong. Tindakan tegas dikenakan dengan mengkompaun pemilik premis berjumlah RM2000.00 di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas kesalahan tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan