Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Perbincangan antara Seksyen Penilaian Dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya bersama pihak MMC Engineering Sdn Bhd
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 28/02/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Putrajaya>Ibu Pejabat
Penerangan
Satu perbincangan antara Seksyen Penilaian Dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya bersama pihak MMC Engineering Sdn Bhd telah diadakan pada 22 Februari 2022 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Jabatan Alam Sekitar. Perbincangan telah dihadiri oleh 2 pegawai dari Seksyen Penilaian Dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya, wakil pihak MMC Engineering Sdn Bhd dan Tanjung Bin Power Plant serta konsultan yang telah dilantik oleh premis. Perbincangan ini adalah untuk menerangkan status terkini kajian buangan terjadual yang telah diberi kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar. Perbincangan telah ditamatkan pada jam 11.30 pagi.