Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat Awie Metal Sdn. Bhd. akan menganjurkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari isi rumah di Daerah Dungun dan sekitarnya.
Program ini dianjurkan, dengan tujuan untuk menggalakan semua lapisan masyarakat di Negeri Terengganu ini, khususnya yang berada di Daerah Dungun dan sekitarnya, menguruskan buangan E-Waste ini mengikut kaedah yang betul dan selamat.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyumbangkan bahan buangan elektrikal dan elektronik untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan.
Contoh bahan buangan elektrikal dan elektronik adalah ;
- Televisyen
- Komputer Peribadi;
- Mesin basuh;
- Pendingin hawa;
- Peti ais;
- Telefon bimbit; dan
- Lain-lain barangan elektrikal dan elektronik dari isi rumah
JOM kita hadir ramai-ramai, menyokong usaha-usaha MPD dalam memastikan bahan buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah dapat diuruskan dengan betul dan selamat.