Penerangan
Kuala Terengganu, 8 Februari 2022- Mesyuarat Pengurusan JAS Negeri Terengganu Kali Pertama bagi tahun 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Terengganu.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Negeri Terengganu dan telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Unit dalam Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Antara perutusan penting yang dibentangkan oleh Tuan Pengarah dalam mesyuarat ini adalah penetapan sasaran dan pencapaian “Key Performance Index (KPI) ” hasil daripada Mesyuarat-Mesyuarat Pengarah Bil. 1/2022 yang dihadiri oleh beliau baru-baru ini.