PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PERTAMA KALI “HARI PENGUMPULAN E-WASTE BAGI WARGA BESUT” DIANJURKAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERTAMA KALI “HARI PENGUMPULAN E-WASTE BAGI WARGA BESUT” DIANJURKAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/02/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Besut, Terengganu, 5 Februari 2022 –Majlis Daerah Besut (MDB), dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle telah bekerjasama dalam program “Hari Pengumpulan E-Waste Bagi Warga Besut“.  Program ini yang pertama kali dianjurkan di daerah ini telah diadakan di Dewan Terbuka Gong Kemuntong, Besut, Terengganu. Sambutan daripada orang ramai sangat memberangsangkan dengan jumlah kutipan sebanyak 1.251 tan. Kejayaan dalam penganjuran program ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat kita akan bahaya sekiranya  bahan buangan ewaste ini dilupuskan di tapak pelupusan sampah awam semakin meningkat. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta  syarikat-syarikat yang diberi lesen pembawa dan kemudahan pemerolehan separa luar tapak (e-waste) oleh JAS, akan diteruskan untuk memastikan e-waste ini diuruskan dan dilupuskan dengan betul dan selamat sebagai menyahut slogan “E-waste Dikitar Bumi Terpelihara”  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan