Penerangan
18 Februari 2022, Kemaman, Terengganu.Jumaat- Rondaan bagi mencegah pencemaran dari kilang-kilang dan punca-punca di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terus dilaksanakan.
Rondaan dan pemantauan ini telah dijalankan di Gong Pauh, Mak Chili, Kg.Tempurung, Pasir Minal, Binjai, Paman, Pasir Gajah, dan Chukai. Tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Dua siasatan ke atas aduan berkaitan tumpahan minyak tar dan pencemaran habuk dari operasi kilang papan telah dijalankan. Tindakan susulan akan diambil bagi memastikan kedua-dua aduan ini dapat diambil tindakan di bawah bidang kuasa JAS dan Jabatan berkaitan.sekiranya diluar bidang kuasa.