Penerangan
18 Februari 2022, Kuala Terengganu- Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran terus dilaksanakan bagi memantau premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi hari ini melibatkan kawasan sekitar Kuala Terengganu, Batu Buruk, Kelulut, Rhu Muda, Pulau Kerengga, Jambu Bongkok, Rantau Abang, Pantai Tanjong Jara, Bandar Dungun, Bukit Bauk, Kawasan Industri Paka, Tapak Pelupusan Bukit Ayak, Gas Processing Plant (GPP) 5 dan 6, Tebing Tembah dan Dungun, Rantau Abang dan Alor Toman.
Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.