Penerangan
Kemaman, 4 Februari 2022- Jumaat, cuti hujung minggu, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemantauan kilang-kilang yang beroperasi di daerah ini terus dilaksanakan. Operasi ini melibatkan jalan-jalan utama dan jalan-jalan kampung yang menghubungkan Jakar, Geliga, Paya Berenjut, Mak Lagam, Bukit Jemalang, Cherul, Cheneh, Kg. Sg.Pergam, Neram, Perasing, Jabor dan Chukai. Tiada pembakaran terbuka sepanjang rondaan dijalankan.
Pemantauan ini melibatkan kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Jakar dan 2 kilang kelapa sawit yang beroperasi di daerah ini. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan di kawasan perindustrian dan juga premis-premis yang dipantau semasa rondaan ini.