PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR BIL.2/2022 JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR BIL.2/2022 JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/02/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 26 Februari 2022- JAS Terengganu telah mengaktifkan Operasi Gempur (Ops Gempur)  selama 4 hari bermula pada 20 hingga 23 Februari 2022.  Ops Gempur ini telah melibatkan pemeriksaan ke atas 34 buah premis.  Daripada jumlah tersebut, 32 premis, telah berjaya mencapai tahap pematuhan yang baik dan 2 premis tidak patuh kepada peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan susulan telah diambil dengan mengeluarkan 32 “ Field Citation”, 1 kompaun, 4 Notis Arahan dan 1 Penyediaan Kertas Siasatan. Premis yang tidak patuh telah diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan pembaikian segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pemeriksaan susulan ke atas premis-premis tersebut akan dibuat dalam memastikan semuanya berada pada tahap pematuhan yang baik. JAS Terengganu, sebagai agensi penguatkuasa, tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang gagal mematuhi  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan.  Tindakan susulan  yang diambil ini, menunjukkan, JAS Terengganu amat tegas dalam menangani premis-premis bermasalah dan mencemarkan alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan