PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS MENINGKATKAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS MENINGKATKAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/02/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 27 Februari 2022 – Hujan lebat dan angin kencang sejak semalam, tidak mengagalkan usaha dan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bersama Kuala Terengganu Medical Center (KMI) dan KT Wan Recycle, untuk meneruskan “Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik “ di perkarangan KMI hari ini. Hari ini sejumlah 200 kg berjaya dikumpulkan. Sambutan yang berterusan daripada orang awam ini, menunjukkan tahap kesedaran dikalangan masyarakat semakin meningkat. Keadaan ini memperlihatkan usaha kerajaan untuk menggalakkan orang awam melupuskan ewaste mengikut kaedah yang selamat dan mesra alam dan mengelakkan pelupusan ewaste di tapak pelupusan sampah awam telah mendapat sokongan masyarakat kita. JAS Terengganu sentiasa optimis dengan kerjasama pelbagai pihak, usaha melestarikan alam sekitar khususnya di negeri ini akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan