PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PREMIS DIDENDA RM10,000

DOE Kedah 28/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS DIDENDA RM10,000
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/02/2022
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

10 Februari 2022 - Sungai Petani, Kedah. Sebuah premis dituduh dengan satu (1) pertuduhan di bawah Peraturan 7 (1) PPKAS (Udara Bersih) 2014 kerana telah gagal memastikan premis dilengkapi dengan sistem Kawalan pencemaran udara mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh KPAS. OKS yang diwakili oleh pengurus syarikat telah mengaku salah pada sebutan kes. Hukuman denda sebanyak RM10,000 dijatuhkan di bawah Peraturan 29 PPKAS (Udara Bersih) 2014. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JAS Negeri Kedah, En. Muniff bin Mat Rus bersama-sama pasukan penyiasat JAS Cawangan Sungai Petani. Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan