15 Februari 2022 - Sungai Petani, Kedah.
Sebuah premis dituduh dengan satu (1) pertuduhan di bawah Peraturan 7 (1) PPKAS (Udara Bersih) 2014 kerana telah gagal memastikan 40 gok arang premis dilengkapi dengan sistem kawalan pencemaran udara mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh KPAS.
OKS yang diwakili oleh pengurus syarikat telah mengaku salah pada sebutan kes.
Hukuman denda sebanyak RM15,000 dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Tuan Roslan bin Hamid di bawah Peraturan 29 PPKAS (Udara Bersih) 2014.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JAS Negeri Kedah, En. Muniff bin Mat Rus bersama-sama pasukan penyiasat JAS Cawangan Sungai Petani.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama