Penerangan
15 Februari 2022 - Sungai Petani, Kedah
Bertindak atas aduan orang awam, Pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sungai Petani telah menjalankan siasatan aduan sungai berwarna merah di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.
Pasukan siasatan mendapati bahawa keadaan sungai di Bukit Selambau tidak berwarna merah seperti yang diadu. Pihak JAS juga tidak dapat mengenalpasti punca kejadian tersebut memandangkan tiada kesan sungai berwarna merah ditemui semasa siasatan.
Kawasan Perindustrian Bukit Selambau menempatkan industri yang pelbagai jenis termasuklah industri berasaskan kayu, kitar semula plastik, arang kayu, makanan (bihun) dan juga berasaskan logam. Berdasarkan maklumat JAS, industri-industri tersebut tidak melepaskan efluen perindustrian yang berwarna merah.
Ketiadaan infrastruktur (sistem perparitan) yang sempurna di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau juga menyukarkan pemantauan terutamanya pada waktu malam.
JAS akan terus memantau dan bekerjasama dengan pengadu supaya aduan seperti ini dikemukakan dengan segera bagi membolehkan pelaku dikenalpasti dan diambil tindakan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#jassungaipetani
#alamsekitartanggungjawabbersama