17 Februari 2022 - Sungai Petani, Kedah.
Sebuah premis dituduh dengan satu (1) pertuduhan di bawah Peraturan 5 (1) (b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerana gagal mengemukakan Pemberitahuan Bertulis kepada Ketua Pengarah sebelum menjalankan apa apa kerja di premis yang boleh mewujudkan punca pengeluaran iaitu proses membersih serta menghancurkan tin aluminium terpakai menggunakan mesin kiln (burner) dan crusher.
Pengarah Syarikat tersebut telah mengaku salah pada sebutan kes di atas pertuduhan yang dibacakan pada sebutan kes.
Hukuman denda sejumlah RM18,000 atau 3 bulan penjara telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen 1 Sungai Petani, Tuan Roslan bin Hamid di bawah Peraturan 29, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JAS Negeri Kedah, En. Muniff bin Mat Rus.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama