Penerangan
(OPS RETROVIRUS 2022)
24 JANUARI 2022 - Alor Setar, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menjalankan Ops Gempur Bil.2/2022 pada 22 & 23 Februari 2022 di sekitar daerah Kota Setar dan Pendang. Operasi kali ini mensasarkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutamanya Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 oleh pusat hemodialisis dan juga klinik-klinik.
Operasi ini disertai oleh 16 orang pegawai JAS yang membentuk 6 pasukan telah memeriksa sekitar 15 buah premis dan telah mengeluarkan 15 Field Citation dan 18 Notis Arahan di bawah Seksyen 31 & Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Buangan sisa klinikal adalah buangan yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan perlu diuruskan dengan teratur.
Sehubungan dengan itu, pengurusan pusat hemodialisis dan juga klinik-klinik dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya semasa beroperasi.
Tindakan akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#alamsekitartanggungjawabbersama