PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kejohanan Bowling Piala EXCO Alam Sekitar di Ipoh

DOE Perak 28/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kejohanan Bowling Piala EXCO Alam Sekitar di Ipoh
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/02/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

10 - 12 Februari 2022, IPOH - JAS Perak dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan Bowling Piala Exco Alam Sekitar Negeri Perak bertempat di Ipoh Parade, Ipoh. Ianya telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Yang Berhormat Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan termasuklah Kategori 1 merupakan peserta daripada Kilang Kelapa Sawit, Buangan Terjadual & Kilang Getah. Kategori 2 merupakan peserta daripada Kuari, Lombong, Pasir, premix. Kategori 3 merupakan Premis Yang Bukan Dipertandingkan iaitu terbuka dan kategori 4 merupakan peserta daripada pemaju projek EIA, perunding, auditor, dan kontraktor. TNB Janamanjung Sdn Bhd (A) telah dinobatkan sebagai johan dalam Kejohanan Boling ini sekaligus memenangi Piala EXCO Alam Sekitar Negeri Perak 2022. Manakala naib johan dan pemenang tempat ketiga dirangkul Proton Tanjung Malim Sdn Bhd dan TNB Janamanjung Sdn Bhd (B).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan