Penerangan
25 Februari 2022, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menghadiri mesyuarat penyelarasan pembentangan bagi kunjungan delegasi Kesatuan Eropah ke Perak bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, YB Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak, YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. JAS Perak telah diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan, Encik Mohamad Zamzani Bin Ibrahim.