Penerangan
12 Februari 2022, Kuala Terengganu, hari Sabtu- Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran terus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dalam memastikan isu-isu pencemaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diambil tindakan pantas. Pemantauan telah dibuat dalam daerah Kuala Nerus, Sungai Tong dan Penarik,Setiu. Tiada Pembakaran Terbuka dikesan
Pemantauan ke atas kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Badak,Kuala Nerus, Sungai Setiu dan Pantai Mangkok, Setiu, mendapati tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui dan tiada keadaan abnormal dikesan.