Penerangan
Kuala Terengganu, 2 Februari 2022- Hari kedua cuti umum sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2022 di negeri ini, pasukan penguatkuasa menjalankan siasatan dua (2) aduan pembakaran terbuka di Kg. Rusila dan di Kg. Pengkalan Berangan, daerah Marang dan didapati berasas dengan penemuan longgokan sisa pokok kayu yg ditebang dan dibakar. Banner Larangan Pembakaran Terbuka dan risalah telah diedarkan kepada penduduk sekitar dalam usaha mencegah aktiviti tersebut berulang.
Selain itu, rondaan di sekitar daerah Kuala Terengganu, Marang , Hulu Terengganu dan Setiu turut dijalankan. Tiada pembakaran terbuka dikesan.